Doa ini mempunyai pelbagai nama, Di Negeri Kelantan ia tersohor dengan nama Doa Kota Tauhid, mungkin kerana dalam doa tersebut ada kalimah tauhid. Selain untuk pendinding diri, keluarga, anak-anak, rumah dan harta benda boleh juga digunakan untuk mengunci pada air jampi, barang hikmah, senjata pusaka dan sebagainya. Ramai alim ulama , tok-tok guru dan para hulubalang mengamalkan doa ini. Sepanjang perjalanan saya dalam menyelusuri alam hikmat, doa ini amat memberi kelainan dan semangat yang baik pada diri.
Orang yang berdisiplin dan beristiqamah dalam mengamalkan doa ini, insyaAllah akan memperolehi banyak manafaat serta kebaikkan dan akan menghasilkan suatu anergi yang positif untuk kemajuan dan kecemerlangan diri dan lambat laung dia juga akan memperolehi suatu rahsia tenaga psikik sebagai pakaian khas untuk dirinya sahaja.
Sepengetahuan saya, doa ini ada beberapa versi yang sedikit berbeza, Berikut adalah matan yang sampai kepada saya, hendaklah dibaca sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang.

ﺍﻠﻟﻬﻡ ﺇﻧﻰ ﺤﻮﻂﺖ
ﻋﻠﻰ ﻧﻔﺴﻰ ﻮﺮﻓﯿﻘﻰ ﻮﺍﺒﻧﺎﺌﻰ ﻮﺃﻫﻠﻰ ﻮﻤﺎﻠﻰ ﻮﻤﺎﻤﻟﻜﺖ ﯿﺪﻱ ﺒﺴﺒﻊ
ﺪﺮﻮﺐ ﻤﻦ ﺪﺮﻮﺐ ﺍﷲ ﺴﻘﻔﻬﺎ ﻻ ﺇﻠﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻮﺪﺮﻘﻬﺎ ﻤﺤﻤﺪ ﺮﺴﻮﻝ ﺍﷲ ﻮﻗﻔﻠﻬﺎ ﻘﺪﺮﺓ ﺍﷲ ﻻ ﻴﺴﺘﻔﺘﺤﻮﻦ ﺇﻻ ﺒﺈﺬﻦ ﺍﷲ ﺍﻟﻌﻠﻰ ﺍﻟﻌﻈﯿﻡ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺒﺍﺒﻨﺎ ﺘﺒﺎﺮﻚ ﺤﻴﻄﺎﻨﻨﺎ ﻴﺲ ﺴﻗﻔﻨﺎ ﻜﻬﻴﻌﺺ ﻜﻔﺎﻴﺘﻧﺎ ﺤﻤﻌﺴﻖ ﺤﻤﺎﻳﺘﻨﺎ ﻔﺴﻳﻜﻔﻴﻜﻬﻢ ﺍﷲ ﻮﻫﻭ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ ﺍﻟﻌﻟﻳﻡ
Ertinya :-
Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah memagari diriku, teman rapatku, anak-anakku, ahli keluargaku, harta bendaku dan segala barang yang di dalam genggaman tanganku, dengan tujuh tembok dari tembok-tembok Allah, bumbungannya ialah kalimah Laa Ilaaha Illallah, kekukuhannya ialah kalimah Muhammadurrasulullah, penguncinya ialah qudrat Allah, tidak akan terbuka melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Bismillah ialah pintu kami, Tabaraka ialah pagar-pagar kami, Yasin ialah bumbung kami, Kaf Ha Ya Ain Shod ialah kepadaan kami, Ha Mim Ain Sin Qaf ialah pengawal kami, maka mencukupkan Allah Taala akan mereka itu, dan Dia Maha mendengar lagi maha mengetahui.

Persoalannya kenapa mereka di zaman ini memagarkan kawasan rumah dengan ribuan ringgit?
Mudah saja jawapannya. Nampak cantik, elak daripada dicuri,dirompak,diganggu dan pelbagai alasan.
Amat beruntung ribuan ringgit tadi dilaburkan sebagai amal jariah yang berkekalan.
Sifat ego, berbangga bangga dapat dikikis dan secara tak langsung hati nurani semakin dekat dengan Allah.   

Suatu kaedah yang lebih mendalam sebagai usaha ini boleh menghubungi saya yang faqir akan ilmu. Keizinannya..
1) Kaedah Asas
2) Kaedah Pertengahan dan Tinggi.

Boleh di hubungi melalui tel/whatsUpp : 012 756 3884

Laman utama

Blogger Template by Blogcrowds